Image Slider

Kelebihan Solat Terawih Dari Hari Pertama Sehingga Hari ke Tiga Puluh

Tuesday, August 02, 2011
Sudah masuk hari kedua Puasa.Cepat nyer mase berlalu kan..pejam celik pejam celik nanti dah sebulan.Fiza nak share sikit tentang info Solat terawih ni.Jom bace jap

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah `Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan engampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala
sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca
kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul `Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan
kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

[credit info]

Day #1 Ramadhan 1432 H

Monday, August 01, 2011
Hari pertama berpuasa sangat excited sampai mata tak mahu lelap.Punyelah payah nak tido.perlu ke gune selotape kat mate ni bagi tutup?sangat tidak perlu kan.Fiza tak memaksa mata untuk tido mahupun untuk berjage..Kalau nak tido,tido..tak mahu tido,tak payah tido.Kalau dah tak tido tu Fiza akan siapkan design yang masih perlu di amek kesah.Selagi design tak siap,selagi tu la susah nak melelapkan mata ni.

Sampai waktu sahur Fiza tak tido lagi.Kakak dah bangun awal siapkan puding caramel dan koktel puding kastard jagung untuk dijual kat bazaar ramadhan.Ni sumer gara-gara jiran menghasut kakak Fiza suruh jual sebab kakak Fiza kalau buat ape-ape selalu bagi kat jiran.Kakak Fiza dah siap goreng ayam dan Fiza goreng sayur asparagus je la since kakak busy dengan bisness nyer.

Lepas sahur sambung tolong kakak sampai la tengahari.lepas zohor sumer collapse..penat dan tak cukup tido.Fiza pon same lah tido tapi tak lah lame pun kang batal pose lak.Sempat gak lah berblogwalking jap tadi..dan sempat jugak join contest.

untuk berbuka tak masak pun sebab kakak penat.Fiza ni jenis tak suke nak makan makanan berlauk kat luar.Lebih suke makan masak sendiri.Tapi disebabkan kiteorang penat.So kakak pegi bazaar je la beli nasi ambeng.Orang jawa kompem tahu ape nasi ambeng ni..Alhamdulillah kenyang makan nasi ambeng yang banyak tu.beli 2 bungkus untuk 2orang dewasa dan 3orang budak kecik.Lepas azan,abang ipar baru sampai..sumer keletihan..almaklumlah hari pertama memang rase kurang biase kan.Si kecik Akiffa 5tahun baru nak mula puasa.Alhamdulillah berjaya gak habis sehari puasa.

Awal-awal bulan ramadhan ni tak dapatlah nak pergi masjid terawih since Fiza baru je dok sini dan masjid agak jauh kalau nak merempit sorang-sorang.yelah kalau kiteorang pergi ni sape pulak nak menjage budak-budak kecik ni kat rumah.Tapi kat rumah pun boleh kan.Terawih mase zaman kecik dulu sonok..pergi ramai-ramai.moreh pun dapat.hehe..untunglah dapat penuh berterawih.Selesai sudah hari pertama puasa.Alhamdulillah..

*moreh=makanan yg diberi selepas solat terawih.orang johor mesti tahu ni kan

Auto Post Signature

Auto Post  Signature