Theme Layout

[Rightsidebar]

Boxed or Wide or Framed

[Wide]

Theme Translation

Display Featured Slider

No

Featured Slider Styles

Display Grid Slider

Grid Slider Styles

Display Trending Posts

Yes

Display Author Bio

Display Instagram Footer

Review The Twilight Saga: Breaking dawn Part I


Ramai dah buat review pasal muvee terhebat ni kan.Fiza pun nak review jugak dari perspektif Fiza la.Lain orang lain pendapat kan..Lepas pergi kenduri semalam terus gerak pergi The Curve.Macam biasalah tengok kat cineleisure/cineplexes cinema dekat area the curve tu.Beli tiket dulu pastu baru boleh citer..

  1. Mula-mula citer dah keluar aksi Jacob yang tengah HOT selepas menerima kad jemputan kawin 'Isabella Marie Swan dan Edward Athnony Massen Cullen'.
  2. Permulaan yang sweet dan romantik dengan perkahwinan Bella dan edward bertemakan garden dengan gaun putih yang gojes tu.simple and wonderful.
  3. Honeymoon bella dan edward di pulau Esme,portugis yang agak terpencil memang ohsem dan sweet sangat yang dihadiahkan oleh carlisle,ayah Edward.
  4. Tapi..honeymoon mereka bertukar menjadi nightmare untuk Edward sebab Bella disahkan mengandung yang bukan normal dan disuruh balik oleh ayah edward.
  5. Kandungan Bella mule menendang-nendang dan pertumbuhan kandungan sangat cepat.
  6. Sedang Bella sarat mengandung,kandungan tersebut makin menyeksakan Bella tapi bella mampu bertahan.Ini membuatkan Edward dan family tidak ketinggalkan jugak jacob yang turut risau tentang Bella yang enggan membuang kandungannya itu.
  7. Pergaduhan antara Jacob dan puak-puaknye tercetus disebabkan Jacob mempertahankan keluarga Edward cullen yang merupakan musuh puak.
  8. Idea jacob memberi bella minum darah menjadi setelah respons positif pada kandungan Bella.dan sejak itu bella diberi minum darah.
  9. Ketika bella jatuh untuk mengambil air minuman berperisa darah tu,Edward sempat menyambut kepala bella dari jatuh ke lantai.Bella melahirkan bayi ajaib yang dikandungnya itu tetapi Bella mati disebabkan pertumpahan darah yang banyak.Sebaran racun vampire Edward dalam badan bella tak mampu menyelamatkan Bella.
  10. Ini membuatkan jacob sedih dan ingin membunuh bayi tersebut kerana menyebabkan kematian Bella.Tetapi setelah melihat mata bayi tersebut ada perhubungan antara die dan bayi tersebut.Jacob dipertanggungjawab untuk menjaga keselamatan bayi tersebut.
  11. Pengakhiran cerita dengan Bella membuka mata yang telah bertukar menjadi merah.maksudnyer?kene lah tengok ye...

Okeh tu je kot review..macam panjang je tapi kalau boleh nak panjang lagi..hahaha..Part yang tak bestnyer part 18SX yang macam banyak je..untuk orang dah kawen takpelah nak tengok kan.Tak baik untuk kesihatan mata.*_*.Aksi tak banyak sangat melainkan gaduh-gaduh jacob dan puak-puak Sam.

Mostly banyak cerita tentang Bella,Edward dan Jacob je.orang lain macam terasa tak wujud je.hahaha..dialog bape kerat je.Tapi kehidupan baru ni sangat best.Tak sabar tunggu Part 2 pulak pasni.Tak rugi tengok twilight yang bersiri ni sebab jalan citer vampire yang best..takde ah asyik nak sedut darah je!.Lepas ni nak membaca novel Twilight lah pulak.Part 2 punye story macam dah tahu sikit-sikit..Mr A dah bace novel tu dah tahu lah citer die camne..semangat dok citer ape terjadi..cesss..menyampah!

Untuk Muvee ni nak bagi 4.5/5 bintang..Korang lak?
Azhafizah Md Nor
37 Comments
Share :

Confessions of a shopaholic by Sophie Kinsella


Novel Diary of a Wimpy Kid the last straw sudah selamat abis dibaca.Dah lame beli tapi baru  abis bace.yelah busy kot,takde mase nak membaca.Asyik mengeluarkan idea je,Kali ni kene topup otak dengan pembacaaan pulak.

Diary of Wimpy Kid,Novel yang santai tentang kehidupan Greg Heffley,seorang budak yang selalu kene buli dengan abg nye Rodrick.Manny,adik Greg yang selalu menjengkelkan Grey dengan sikap manja tu.Dulu mase grey kecik,semua tak boleh..tapi manny semua pun boleh.Hidup dengan family yang penuh rules membuatkan Grey sentiasa mencari idea untuk buat sesuatu yang lebih baik untuk kebaikan dirinya tapi selalunye  memakan diri sendiri.

Di sekolah die bersahabat baik dengan Rowley yang agak childish dan die selalu mempergunakan Rowley untuk kepentingan diri sendiri.Greg jugak meminati seorang gadis bernama Holly tapi sampai ke sudah berbagai plan di buat untuk dapatkan Holly masih tak berjaya.Sampailah ade seorang gadis bernama Trista berpindah ke perumahan Greg..ape terjadi lepas tu?haruslah beli ye..kejam betul Fiza ni but I loves the last paragraph
"And I know it's really corny to finish with a happy ending,but it looks like I'm out of paper anyway,so I guess this THE END"
Sekarang mase untuk 'Confession o a shopaholic' pulak.

Sesuai lah untuk sesape yang shopaholic untuk menguruskan kewangan.Mase untuk topup otak dengan bahan bacaan pulak.Akhirnya dapat jugak novel Sophie Kinsella ni.Hari tu mase pegi BBW ade ternampak..tapi tak beli sebab rase cam tak best je..then ade pulak cakap Novel dari Sophie Kinsella ni best.

So,ade lanjutan BBW kat South City Plaza until 28Nov I guess.Mr A dapat belikan Fiza Novel Sophie ni.Thanks Mr A! Next time buy me more ok ^_________________^.Mr A dah mule buat mini library at home.Die dah abes bace novel twilight tu..pasni Fiza nak bace pulak! Excited tengok twilight breaking dawn malam semalam..takpe,pasni Fiza review walau ade yang dah review...tak kire,mahu jugak review!heee

p/s: Masih lagi keletihan pergi kenduri semalam tak sempat blogwaking...ngantok je rase.Nanti baru update ^_^
Azhafizah Md Nor
12 Comments
Share :

Salam Maal Hijrah 1433H


Salam Maal Hijrah untuk semua umat Islam.Tanamkan azam baru di tahun yang baru dengan penambahan setahun lagi usia.Semoga azam tahun ni lebih baik dan tercapai hendaknya.Selamat menyambut 1 Muharram 1433H.

Sama-samalah kite membaca doa  untuk akhir tahun 1432H dan awal tahun 1433H

Doa akhir tahun dibaca pada akhir waktu asar tanggal 29 atau 30 Zulhijjah sebanyak 3 kali. Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa selama setahun kebelakang. Berikut adalah doanya:

Doa Akhir Tahun 1432H
Bismillaahirrahmaanirraahiim, wa shollalloohu'alaa sayyididinaa muhammaadin wa'alaa aalihi wa shohbihii wa sallama, Alloohumma maa'amiltu fii hadzihis sanati mimmaa nahaitanii'anhu falam atub minhu wa lam tardhohu wa lam tansahu wa hamiltu 'alayya ba'da qudrotika 'uquubati wa da'autanii ilattaubati minhu ba'da jiroo-atii 'alaa ma'shiyatika fa-innii astaghfiruka faghfirlii bifadhlika wa maa'amiltuhu fiiha mimma tardhoohu wa wa'adtanii 'alaihits tsawaba wa as-aluka. Alloohumma yaa kariimu yaadzal jalaali wal ikroomi antaqobbalahu minnii walaa taqtho' rojaa-i minka yaa kiriimu wa shollalloohu 'alaa sayyidinaa muhammadin wa 'alaa aalihi wa shohbihii wa sallama.
"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Semoga rahmat dan salam Allah tetap tercurahkan kepada junjungan kami Nabi Muhammad teriring keluarga serta sahabat beliau. Wahai Tuhanku, apa yang hamba perbuat sepanjang tahun ini berupa perbuatan perbuatan yang Paduka larang hamba melakukannya, sedangka hamba belum bertaubat dari padanya dan Paduka tidak meridhainya dan tidak melupakannya, dan Padukapun telah menyayangi hamba setelah Padukapun kuasa untuk menyiksa hamba, kemudian Paduka menyeru hamba untuk bertaubat setelah hamba bermaksiat kepada Paduka. Karena itu, hamba mohon ampunan dari Paduka, maka ampunilah hamba dengan Anugerah-Mu.
Dan apa yang telah hamba kerjakan ditahun ini adalah berupa perbuatan yang Paduka ridhai dan Paduka janjikan pahala atasnya, Hamba mohon pada-Mu wahai Tuhanku, Dzat Yang Maha Mulia, yang memiliki Kebesaran dan Kemuliaan, agar Paduka terima amalan hamba dan jangan hendaknya Paduka putuskan harapan hamba dari-Mu, wahai Dzat Yang Maha Mulia. Semoga rahmat dan salam Allah tetap tercurahkan kepada junjungan kami Nabi Muhammad teriring keluarga serta sahabat beliau."
Fadilat doa Awal Tahun adalah membenteng diri dari gangguan syaitan. Barang siapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba'diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun. Berikut adalah doa awal tahun.
Doa Awal tahun 1433H 
Bismillaahirohmaanirrohiim. wa shollalloohu 'alaa sayyidinaa muhammadin wa 'alaa aalihi wa shohbihii wa sallama. Allohumma antal abadiyyul qodiimul awwalu wa 'alaa fadhlikal 'adliimi wujuudikal mu'awwali wahaadza'aamunjadiidun qod aqbala nas-alukal 'ishmata fiihi minasysyaithooni wa auli yaa-ihi wa junuudihi wal 'auni 'alaa haadzihil ammaaroti bissuu-i wal istighooli bimaa yuqorribunii ilaika zulfa yaa dzal jallali wal ikroom. wa shollalloohu 'alaa sayyidinaa muhammadin wa 'alaa aalihi wa shohbihii wa sallama.
"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Semoga rahmat dan salam Allah tetap tercurahkan kepada junjungan kami Nabi Muhammad teriring keluarga serta sahabat beliau.
Wahai Tuhanku, Paduka adalah Dzat Yang Maha Kekal, dahulu dan Awal. Hanya denga anugrah dan kemurahan-Mu yang agung, telah datang tahun baru. Di tahun ini kami memohon pemeliharaan-Mu dari Syetan, kekasihnya dan balatentaranya, dan kami memohon pertolongan-Mu atas hawa nafsu yang mengajak kepada kejelekan, dan kami memohon kesibukan dengan perbuatan yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu wahai Dzat yang memiliki kebesaran dan kemuliaan. Semoga rahmat dan salam Allah tetap tercurahkan kepada junjungan kami Nabi Muhammad teriring keluarga serta sahabat beliau."Amiin ya robbal 'alamiin...
Azam Fiza untuk tahun ni biarlah rahsia.Tahun lepas tak tercapai lagi..so,bawak ke tahun ni..harap-harap tahun ni tercapai..amin..Salam Maal Hijrah semua.

credit :Sumber
Azhafizah Md Nor
13 Comments
Share :

Tutorial pisahkan widget sidebar untuk simple template


Agak terajin pulak nak buat tuto setelah sekian lame  menyepi.Ini disebabkan ramai yang bertanya..so,agak malas nak ulang banyak kali..senang kite share je kan..biar semua orang tahu..yang dah diberitahu,dok diam diam je ye..

Ape yang dimaksudkan pisahkan widget sidebar ni,kita pisahkan satu persatu macam dalam gambar ni.amek contoh belog Fiza ni ha..kan satu kotak satu kotak..Pastu boleh customize kotak ni.
Cara mudah 1 ,2,3 sampai 6 je.Sebelum buat tutorial sile save dulu template blog korang,kalau tak jadi nanti korang nangis pulak.

Dashboard>>Design>>Edit HTML>>Download Full Template.
Dah siap download[save],boleh mulekan tutorial.

1.Cari code 

/* Widgets
----------------------------------------------- */

*tekan ctrl+F untuk memudahkan pencarian.bile dah tekan akan keluar satu box..masukkan code yang  nak di cari tu.

2.pastu copy code bawah ni

.sidebar .widget, .sidebar2 .widget {
background: #ffffff url(LINK GAMBAR BACKGROUND);
-moz-border-radius: 0em 0em 0em 0em;
border-radius: 0em 0em 0em 0em;

margin: .5em 0;
padding:0 0 1.5em;
padding-left: 10px;
padding-right: 10px;
margin-bottom: 20px;

text-align: justify;
border: 2px solid #000000;
text-transform:none;
}

3.Kemudian paste kat bawah sekali dalam bahagian widget..maksudnyer sebelum code /* Footer

4.Customize code mengikut citarasa korang

ffffff-code warna background*code warne boleh check sini
 LINK GAMBAR BACKGROUND-kalau nak letak backround
-moz-border-radius: 0em 0em 0em 0em;border-radius: 0em 0em 0em 0em;-bentuk widget,boleh tukar nilai 0 tu kepada 1 akan terbentuk corner.
margin: .5em 0;
padding:0 0 1.5em;
padding-left: 10px;
padding-right: 10px;
margin-bottom: 20px;-coding ni tak tukar pun takpe.kalau paham coding,bolehlah nak tukar.

text-align: justify;-boleh tukar align tajuk tu,kiri dan kanan..just type left or right.
border: 2px-ketebalan border widget sidebar
 solid-boleh jugak buat dashed[garisan putus-putus]..tukar solid kepada dashed
 000000-code warne border widget sidebar


5.dah siap customize,tekan preview dulu.

6.Agak agak dah berpuas hati bolehlah SAVE.Siap!

Mudah je kan?agak-agak kurang jelas penyampaian tuto Fiza ni,bagitau ye..Fiza sedia membantu..tapi setakat yang Fiza bagitau blogger lain,semua dapat buat dengan jaya nye..So,kalau tak jadi sekali..cube sekali lagi sampai jadi..kalau dah cube tak jadi,then baru tanye..okay?

"Selamat mencuba!"
Azhafizah Md Nor
36 Comments
Share :

LELAKI Maskulin Malaya


Lelaki ini yang selalu mencintamu...Selalu..tanpa ragu.Lelaki ini yang selalu memuja .hanya dirimu yang bertakhta dalam sanubariku".Perghh..sekali suara anak pak zain ni keluar,meremang bulu idung dengar.Heh..Sore sedap,manelah taik telinga ni tak cair.Kann..

Anuar Zain,bukan sebarang lelaki..Lelaki maskulin yang jadi idaman perempuan malaya.Walaupun usia dah 41 dan masih SINGLE..Tapi ape ade pada status..usah persoalkan kenapa die BELUM KAWIN sebab ade jodoh nanti die kawin lah..Toksah hang pulak dok kalut tak pasai.Eh,apsal Fiza lak yang macam kalut ni..hehe

Walaupun ramai artis lelaki yang muda-muda sedang naik,Anuar Zain jugak kah jadi idaman hati.Takde lah obses pun..just suke perwatakan die sebagai seorang lelaki..yang menjaga kecantikkan..ohh di bukan GAY kan??die hanya LELAKI MASKULIN.

Anuar jaga Muke die dengan buat rawatan bentuk muke sebab tu muke die nampak terbentuk je..bukan gune botox ye..Sumber bacaan dari Utusan.Rajin die menjaga kesihatan dan kecantikan kan..Tak heran lah kalau die sekacak se ensem lelaki ini

Walau nampak kedutan..tetap maskulin jugak
Senyuman menawan
Tak kesahlah camne pun gaya rambut dan fesyen die..Pasti ramai tergila-gila kan lelaki ini.Kalau die senyum memang cair kalah ais krim cair ditengah panas.dasat tak dasat camtu..Sekali pandang ade macam rupe Won Bin pelakon kacak Korea ni kan...


Fiza suke tengok perwatakan dan gaya..tapi bukan obses atau di hard fan ke hape..Bile tengok mesti macam sedap mata memandang..senyum tak perlu kata ape-ape..itu je..

Tapi takdelah sampai excited nak peluk-peluk die kalau jumpe pun..mungkin senyum je la..Tapi tu la..agak tak faham bile lelaki ini dikerumuni oleh perempuan yang berstatus makcik makcik  boleh peluk sakan lelaki ini.Selalunye kalau hari setiausaha tu..kan selalu orang panggil Abg Nuar perform..sukelah mereka kalau dapat peluk lelaki ini..bergambar pun dah ok kot..Fiza bukan jeles..sekian 
Azhafizah Md Nor
25 Comments
Share :

17 untuk Caliph


Apesal 17 je untuk caliph?Nape tak bagi seratus ke sejuta ke?heh..suka atilah nak bagi berapa pun kan..Jangan serius sangat korang..17 ni memang untuk Caliph.Takleh bagi Nombor lain sebab ni nombor yang bertuah untuk Caliph.Hari ni 17hb kan..Ape ade pada 17hb ni?For sure lah Best day untuk Caliph sebab hari ni "Birthday Caliph"..

Macam yang Fiza cakap,awal november aritu Fiza ade tanye sape besday bulan Nov ni Fiza akan buat entry pasal birthday blogger.So,hari ni giliran Caliph..Caliph ni sape?Mestilah die seorang blogger..Tajuk blog die 'konnichiwa'..Ade yang kenal atau pernah jejak kat blog die tak?

Lately die sangat busy tapi die akan balas jejak korang jugak.So,friendly sangat.Fiza suke sembang ngan die kat shoutbox,die jugak japanese lover macam Fiza.Kadang-kadang bersembang dalam bahasa jepun..itupun tak banyak lah sebab masing-masing dah lupe..hehehe..patut kene cakap banyak-banyak bagi praktis lebih kan...

Rugi tak kenal dengan die ni..Ape-ape pun ni untuk Caliph
Harap-harap sudi terima...Jomlah kite wish beramai-ramai ..ramai-ramaikan ke
Blog Caliph


p/s:Caliph-chan,Fiza amek gambar profile untuk di vectorkan..tak jumpe gambar lain..hehe
Azhafizah Md Nor
14 Comments
Share :

Hadiah Untuk Pengantin


Kalau dapat penthouse sebiji untuk hadiah kawen memang masyuk la kan.Seronok sampai nak lompat ke syiling..hehe..Jutawan mane lah yang bermurah hati nak bagi kite kan..ahh jangan berangan tak sudah.Tapi kalau ade yang sudi  bagi ape salahnyer kan..

Esok pagi Fiza akan berangkat ke penang pergi kenduri kawen ex-housemate.waa..agak lame tak ke penang,last dulu mase abes diploma kat UiTM penang.Kenangan tu dok sane 3tahun..mesti dah banyak berubah kan..tak sabar lak nak kesane..

Musim kenduri kawen ni mesti agak pening-pening nak pikir nak beli hadiah ape kan..Semalam Fiza and the geng ade discuss nak beli hadiah ape..banyak gak lah dalam list..Then,hadiah pun dah beli.Alang-alang dah pikir pasal hadiah,meh sini Fiza nak share sikit.Mane tahu kot boleh membantu bagi idea kat korang yang nak pegi kenduri kawen esok.

Firstly barang dapurlah paling penting kan..
Barang dapur
1. Set Pinggan Mangkuk.
2. Set Sudu/garfu
3. Blender
4. Toaster
5. Dapur Gas
6. Water dispenser
7. Oven
8. Kuali
9. Rice Cooker/Periuk
10. Lesung batu
11. Set Pisau

Barang Perhiasan Rumah
1. Frame gambar
2. Lampu Tidur
3. Jam
4. Frame ayat-ayat Al-Quran*bukan sekadar perhiasan
5. Pasu bunga
6. Album Gambar

Barang keperluan harian
1.Iron
2.vacuum

Keperluan lain
1.Set cadar
2.Toto
3. Album gambar

Kalau terlebih budget bolehlah hadiahkan voucher honeymoon 3H 2M..hehe..untunglah kan kalau dapat. Okay,tu je kot yang Fiza rase macam sesuai je untuk buat hadiah..mungkin korang ade cadangan lagi bagus ke. Boleh komen kat bawah ni ye..

Harap-harap sok laratlah Fiza nak berjalan jauh.Kalau dah berjalan tak hengat saket kan..bile dah balek rumah terus saket..Bile dah berjalan jugak mesti kurang rehat.Bile dah kurang rehat,bertambahlah saket..selagi terdaya..bersabarlah =_=

p/s: Doakan Fiza selamat pergi dan pulang. Fiza cuti tau 2hari tak tengok keje..>.<.BTW 2 vector dah siap..nanti Fiza auto publish je ye..
Azhafizah Md Nor
21 Comments
Share :

Ala-Ala Oversea di Bukit Tinggi Pahang


Sekali imbas macam di oversea je kan.Tapi sebenarnya hanyalah di Malaysia je.Ape kene ntah dengan Fiza 2 3hari ni asik post pasal tempat tempat Peranginan pulak ye.Lame dah tak bercuti,memang macam tu lah..haishhh..Ade diantara korang pernah pergi sini tak?Eh lupe lak..name tempat ni Bukit Tinggi yang terletak di Pahang.Kalau ade yang dah pergi kompem la tahu bile tengok gambar ni kan.

Fiza pernah ke sini 2 kali dengan Mr A dan anak-anak buah Fiza..baek kan dapat makcik macam Fiza bawak anak-anak buah jalan-jalan bercuti..hehehe..Kalau dari KL dekatlah nak ke sini.Yang bestnyer tempat ni memang macam oversea,sejuk dan permandangan sangat best!Nah,tengok nih!Permandangan dari menara di Colmar Tropicale.Menarik kan?Kalau stay sini mesti macam malas nak bangun pagi..suasana sejuk je.Ok,nak masuk ke Bukit Tinggi ni kene bayar RM12 untuk dewasa.children tak pasti pulak berapa sebab anak-anak buah dah kategori dewasa..hehe


Kalau pergi Bukit Tinggi wajib pergi sini,Japanese Village.Perkampungan jepun yang penuh warne hijau!ok,hijau permandangan Fiza boleh terima lagi..hehe..plus,tumbuhan kat situ sangat unique,rumput,daun,pasir,bunge..semua macam sebijik perkampungan jepun.Jangan lupe jugak nak try pakai kimono ni.Boleh jugak bergaya macam berada kat Jepun..konon-konon la kan..

Nak sewa kimono ni RM20 untuk 20Minit.huh..berkire betul..kalau kire RM20 untuk 1jam boleh tak?tak sempat nak amek gambar banyak2 lah..hinshh auntie ni sangat serius lah!dapat lak baju kimono a bit uzur sikit..heeeee...dulu pakai kimono warne purple.then kali kedua pergi dapat warne peach pulak..pink bilekah? 

Dalam Japanese village ni ade spa jugak!tapi rase cam mahal je nak ber'spa' kat sini kan..sape rase mahu ber'spa' bolehlah ke sini tanpa ragu-ragu ye..mesti sangat best!

Sebelum balek,singgah di Botanical garden..sape pencinta tumbuh-tumbuhan memang sesuai la kesini..macam-macam jenis bunga pun ade..semua cantik!mate pun dah tak tahu nak pandang mane dah...Kat sini ade restaurant yang unique untuk minum ptg sangat sesuai ni.sambil minum sambil melihat keindahan pemandangan macam dalam hutan..very nice viewing laaaa...masuk sini takyah bayar

kali kedua kesini tak sempat nak menjengah ke rabbit farm sebab hujan mase tu.So,decide terus balek je la.BTW,kalau nak masuk rabbit farm kene bayar RM8.So far ke sini tak memerlukan modal yang banyak..Make sure duet minyak kete and tol cukup.

Fiza bawak bekal spaghetti ke sini.Makanan agak mahal..mase masuk rabbit farm tu nak beli ais krim cornetto yang biase RM1.++..Kat situ RM4.++..Kalau beli 1 takpe lah kan..kalau beli banyak..baek makan kat restaurant je kan..hehehe...

Sesape belum pegi,trylah pergi sini bercuti.Sape yang dah pergi mesti bosan macam Fiza.Mule-mule pergi memang excited..kali kedua biase je tapi still seronok la dapat bergambar banyak-banyak..haha..
Sebelum pergi sile check map kat sini supaya tak sesat
p/s:Lepas ni kalau ade cuti bolehlah korang kesana bersama family ye..selamat bercuti!
Azhafizah Md Nor
37 Comments
Share :
[name=Azhafizah Md Nor] [img=http://3.bp.blogspot.com/-T6929_GEAQE/WEcqCNF17ZI/AAAAAAAAoLo/OLVmtZMyIJMdZ5ZX4D8jyM6lbcxHp97wQCK4B/s1600/about%2Bme%2Bazhafizah.png] [description=Married.Blogger.Graphic Designer.Johorian.B.Eng (Hons) Electrical & Electronics Engineering.UiTM.Untuk tempahan DESIGN, PENGIKLANAN, COLLABORATION, SPONSORSHIP, GUEST POST dan PRODUK REVIEW boleh emailkan ke :azhafizahmdnor@gmail.com] (facebook=https://www.facebook.com/AzhafizahMdNor) (twitter=https://twitter.com/Azhafizah) (instagram=https://www.instagram.com/azhafizah.mdnor/)

Blog Sihatimerahjambu

Follow @azhafizah.mdnor