Takyah Mahal Sangat

Takut lak nak kawin zaman sekarang nih.Kalau takde minimum 15ribu jangan harap nak kawin! itu pun kire majlis biase-biase je.Kalau artis kawin,tak sah kalau tak puluh ribu.Baru-baru ni memey dengan hantaran kawin 24ribu.mak aiii..dah lebih kurang umur die.Pulak tu ramai lak yang sponsor kan,bertuahlah badan.Tak kesah lah artis ke sape ke..tak yah letak harga tinggi sangat walaupun terlebih mampu.Baik simpan duit yang terlebih tu untuk mase depan korang.Tapi sapelah Fiza untuk bercakap kan..hak masing-masing..Just kadang-kadang terfikir rase cam tak patut je..

Cukuplah buat biase je..nikah tu yang penting kan.kalau yang tak mampu tu,ade yang nikah gantung.tapi nikah gantung lain pulak citernye kan.Ape-ape pun sangat tak bersetuju letak mahal-mahal.Memanglah perempuan nak mahal-mahal..tapi takyah lah sangat.Mane lelaki yang tak mampu tu,kesian kot.alamatnye tak kawenlah korang sebab bertahunlah lelaki tu nak simpan duet kawen.

Walaupun sekarang ni dah ramai perempuan hebat-hebat,tak bererti lelaki patut amek kesempatan jadi lelaki pisau cukur.dan tak bererti jugak perempuan boleh letak harge tinggi disebabkan  gaji lebih banyak dari lelaki...ape-ape pun biarlah berpada.Asalkan rumah tangga bahagia sampai akhir hayat..layan sketsa ni jap..sekadar renungan

Bakal mertua : "Anak makcik belajar tinggi kat oversea dulu. Makcik taknak letak harga. Tapi biarlah berpatutan. Selalunye yang belajar tinggi dalam lingkungan 20ribu. Tapi inilah satu-satunya anak perempuan makcik. Harap faham-fahamlah ye.. ".

Bakal menantu : "Saya paham maksud makcik. Tapi saya harap makcik pun pahamlah ye. Kalau terlampau tinggi, terpaksa ditangguhkan nanti. Biarlah dicepatkan, biar jauh dari maksiat "..

Bakal mertua : "Kalau kamu tak mampu, anak makcik ni bukan tak laku. Ada berderet lagi yang tengah tunggu. Kalau harga rendah, nanti apa pulak orang cakap."

Bakal menantu: "Kalau makcik nak jual anak makcik macam jual kereta, kita buat macam ni. Sekarang jugak saya bayar DOWNPAYMENT 2ribu. Saya bawak balik anak makcik, malam ni saya TEST DRIVE dulu semua.. Kalau barang dalam semua bagus, jangan cakap 10ribu.. 12ribu pun saya berani letak. tapi kalau dah LEMAU, ENJIN pon tak bagus, anak makcik sekali dengan deposit tu makcik boleh simpan!


Ingat tau..tak yah berpuluh ribu sangat..perkahwinan bukan perniagaan.
pstt..Mr A,nak cincin 42Juta boleh??pingsan!
with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. hahahhaa. suka dialog antara dua orng tu. hambik.... nak sangat harga tinggi. orang sekarang macam ni la. ikut tahap pendidikan. yang susah ialah kaum lelaki. jenuh nak cari duit. diorang bukannya tak usaha,tapi kos tu tinggi betoi

    ReplyDelete
  2. Lawak la diaLog tu...tp seyeSss, skrg ni hantaran makin lama makin mahal kan...(sbb aku ni pun gurL..huhu) Semua brg2x pun dah naik harga... Apepun..., hantaran bukan la benda yg wajib...jgn krn hantaran mahaL...,anak dara sggup dibiarkan jd andartu puLak... ^__^ berpada-pada la...

    my reCent POst : BLOG ku berTUKAR...!!!

    ReplyDelete
  3. orang lelaki ni letak 3 ribu pun dia kata mahal..
    wakakaka

    ReplyDelete
  4. biarlah berpada.. jgn sampai membebankan..

    ReplyDelete
  5. kadang2 kesian jugak kat org laki kalo yg pempuan letak tinggi2 sangat.. hantaran tinggi tp keje umah sepatah haram pun xtau nak buat.. x berbaloi langsung!

    ececeh.. kemain komen..padahal mira pun terer x terer je kat dapur :p

    ReplyDelete
  6. Mak Mentu memilih! Hish! kalo ada , malu oi kalo mak eden cmnih.. mana nak letak muka. Adess

    ReplyDelete
  7. Best la dialog 2. Like it so much. Hantaran & kenduri 2 sederhana sudah la.Jgn plak smp t'paksa pnjm bank lgi. Anak dah berderet, hutang kahwin x hbis2 lgi.

    ReplyDelete
  8. hehe.. betol2.. kena tnye gak si lelaki tu.. takat kemampuan dia.. :)

    ReplyDelete
  9. bestnye ada cincin mcm tu..ada nama gitu..besttttttt....

    nice entry babe..

    yeahh

    ReplyDelete
  10. ya laa...
    myra kalo dapat bakal suami yang boleh membimbing myra dengan baik pun dah bersyukur...
    tak letak tinggi...sekadar bersederhana sudah...
    lepas kawen dia jugak nak kena tanggung isteri, anak-anak...

    ReplyDelete
  11. @NoYB
    betul tu.biarlah berpada-pada letak harge hantaran tu..

    ReplyDelete
  12. @diana
    adush kak..betul kan..tapi 3ribu ni mase kakak2 fiza dulu dah kire mahal da..

    ReplyDelete
  13. @Amirah Adnan
    asal tahu sikit-sikit dah ok da mira..nanti boleh belajar kan..

    ReplyDelete
  14. @Haruuta Chan
    adesh...mungkin cakap tanpa niat kot..hehe..harap2 bergurau je kan..

    ReplyDelete
  15. @RARA aihara
    yup,sangat bagus..mase depan dengan anak-anak lagi nak pakai duet kan

    ReplyDelete
  16. emm kdg2 pompuan mintak 8k tu pon masih tak cukup dengan dunia sekarang dear..upah majlis,mak adam photogafer,kenduri makan pon dah mencecah 10k..lom yg cenderahati bagai tu..

    ReplyDelete
  17. ayat test drive tu.. amik makcik nk sgt downpayment ribu2, haa3...

    ReplyDelete
  18. dialog tu macem haremmmm je. tapi suka. ye la, zaman sekarang ni semua nak mahal kan. kahwin beriya lah hantaran the bomb, masuk TV, masuk paper, tup tap tup tup cerai. Ya allah, mintak jauh la kan ? Hope u happy dengan pilihan hati. All the best to u. kawin ajak okeng!

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.