Apakah maksud "SALAM"

Lafaz “Assalamualaikum” sabit (disandarkan) daripada hadis Nabi s.a.w. Maka secara kebiasaannya, kita boleh mengambil “as salam” sebagai lafaz singkatan dan meninggalkan “alaikum”.

Sedangkan lafaz “salamun alaikum” (takde alif lam – as-salam) juga terdapat dalam al-Quran surah ar-Ra’d : 24

“Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu.“

Kalimah selamat sejahtera itu menggunakan lafaz سَلاَمٌ عَلَيْكُم (salamun alaikum) dan bukan “assalamualaikum”..

Ini memberi maksud, sama ada menggunakan “assalamualaikum” atau “salamun alaikum” dan singkatan “As-salam bagi assalamualaikum” atau “salam bagi singkatan salamun alaikum”.

Kedua-duanya adalah harus digunakan. Ini menurut pendapat Imam Abu Hasan al-Wahidi. Tetapi menurut pendapat Imam Nawawi, “Assalamualaikum” itu lebih utama..

Jadi tiada masalah nak gunakan singkatan as-salam mahupun salam yg mewakili kedua-dua cara memberi salam itu.

Kalau penulisan Braille (utk org buta), lagi la.. guna titik2 je. Tapi ia tetap simbol yg mewakili “Assalamualaikum”.

Kalau org bisu pula, guna isyarat tangan je utk lafaz salam.. makna itu yg lebih penting. Sebab itu, dalam hal ni, kita jangan terlalu gopoh.. sebab benda ni bukan sesuatu yg besar.

Cumanya, kalau ianya ada kaitan dgn sesuatu yg tak elok, maka lebih baik kita tak gunakan.. sebab Sadd Az-zariah (menutup jalan keburukan).. contohnya lafaz-lafaz gantian Assalamualaikum spt Ass (punggung), Askum (tatau apa makna), kum (hantu kum kum), akum (ada kaitan dgn Yahudi ke apa ntah), as (singkatan nama penyanyi Feminin, Asfarina) dan sebagainya.

Maka itu, nak guna “As-salam” ke, “Salam” ke.. kedua-duanya masih lagi menepati singkatan yg mewakili “Assalamualaikum”.

Tapi, yang terbaik adalah “Assalamualaikum” yang lebih terbaik “Assalamualaikum warahmatullah”.. yg lagi paling sangat terbaik “Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh”

sumber : http://ustazlove.com/blog/2011/01/soal-jawab-as-salam-ke-salam/

12 comments:

  1. betui2x...dalam Al-Kuliyyah dulu pun ada topik nie..
    gantikan Assalammualaikum dengan As Salam atau cukup sekadar Salam sahaja.... tak perlu A'kum atau As'kum.

    deqlis pun sejak tgk al-kuliyyah tue dah tak sms/kirim surat/email guna a'kum..

    sharing is caring..:-)

    ReplyDelete
  2. setuju sangat tu... ramai yang main guna tapi tak tahu maksud dan cara yang betul.. tq ya,

    ReplyDelete
  3. wah assalammualaikum..kikiki.nsb suzie bri salam full tiao n3

    ReplyDelete
  4. wahh, pagi2 dah dapat ilmu dekat blog nie.. mohon share ye.. :)

    ReplyDelete
  5. Ya Allah fizah, kita baru terbaca entry ni. sangat bagus. selama ni kita main tulis je Salam Semua kat entry kita.. thanks darling utk ilmu ni. kita akan tukar drastically dlm entry kita and start As-Salam!

    p/s: Ampunkan dosa aku ya, Allah!

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. utk lebih lanjut, diterangkan di sini: http://ustazlove.com/blog/2011/01/soal-jawab-as-salam-ke-salam/#axzz1pGYJMN00

    ReplyDelete
  8. yer, hal ni dulu, jd kecoh gak....tp skrg dh ok, sy salu gune assalam :)
    klu dlm msj, wtsap, or dlm entriiii tp x sekuat dluuu

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.